Hari ini merupakan Hari Kad Kemajuan buat para pelajar Tingkatan 4 SMK (P) Methodist Klang.Seawal-awal pagi, jauh kelihatan angkatan ibu bapa yang segak bergaya menanati-nantikan hari ini. Begitu juga buat ibu bapaku. Ramai tidak menyukai hari yang dinanti-nantikan ini kerana manusia sering melarikan diri daripada realiti kejam yang tidak pernah gagal menerjah.Bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang, tentu inilah harinya untuk menikmati juadah kegembiraan yang diperjuangkan sepanjang tahun2008.Tahniah diucapkan kepada yang BERJAYA.................
Untuk yang kurang BERJAYA ini mungkin sebabnya:
1.Anda malas............(Misalnya, apabila tiba musim peperiksaan, anda masih bersikap sambil lewa dan masih merasakan masa pasti menunggu anda)
2.Anda tidak berkeyakinan.................(Anda merasakan diri anda sendiri tidak berkemampuan. Oleh itu, apa gunanya berusaha sekiranya anda akan memperoleh keputusan yang sama tidak kira anda berusaha ataupun tidak)
3.Anda tidak menetapkan matlamat............(Anda selalu beranggapan bahawa semuanya TAKDIR dan nasib tidak dapat diubah.Anda juga suka akan frasa ini 'Just hope for the best ,la'......)
4.Anda selalu buat tak kisah................(Tidak kira musim peperiksaan ataupun tidak anda selalu bersikap 'don't care,la'................)
5.Anda takut mencuba................. (Takut kalau-kalau akan gagal dan ditertawakan oleh rakan apabila gagal mendapat keputusan cemerlang sedangkan anda sudah belajar bersungguh-sungguh)
Sikap untuk BERJAYA:
1.Kiasu(Dalam bahasa Hokkien bermaksud takut mengalah)
*Sikap ini dikira positif kerana menggalakkan anda supaya lebih rajin belajar agar tidak kalah dalam medan peperiksaan)
2.Kiasi(Dalam bahasa Hokkien bermaksud takut mati)
*Sikap ini baik kerana menggalakkan anda supaya berusaha untuk mempertahankan 'nyawa' anda semasa peperiksaan nanti.
3.Ingatlah bahawa 'Yang pipih tak akan datang melayang, yang bulat tak akan datang bergolek'...............
[So, not bad huh my BM and Hokkien]
[All the best to the seniors who are sitting for the SPM and STPM examinations]
[Hopefully, you guys will make all the MGS~ians PROUD]
[I am always as PROUD as a peacock (peahen) to be a MGS~ian]
[Cum Deo Laboramus]
AN UPHILL STRUGGLE IS NEVER EASY................
{look at the picture and you'll know what I mean}
[to non MGS~ians , Good Luck too and make ur school proud]**Will post a touching story later in the day................................
No comments:
Post a Comment